untuk tempahan boleh hubungi saya terus...014-2562485 atau 0194452660...

Selasa, 1 November 2011

Homemade Cocoaten












KHASIAT DAN KEBAIKAN COKLAT

Coklat kaya dengan sumber tenaga yang diperoleh daripada koko itu sendiri (koko likur dan lemak koko), susu dan juga gula yang menjadi bahan campuran asasnya. Sumber tenaga yang tinggi dalam coklat adalah berasaskan kepada kandungan lemak, karbohidrat dan protein. Lemak dari lemak koko dan lemak susu selain daripada sebagai pembekal tenaga utama dalam coklat, ia juga bertindak sebagai medium pembawa vitamin A, D, E dan K yang terlarut di dalam lemak.

          Kandungan  protein di dalam coklat adalah rendah, tetapi dengan penambahan susu dalam coklat susu, ianya mencukupi untuk bekalan badan kita. Protein adalah penting untuk memperbaiki tisu dan untuk pertumbuhan sel. Di samping itu, coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh Manusia, kaya dengan vitamin A dan D serta sumber vitamin B seperti Thiamin, Riboflavin dan Niasin.

          Kajian menunjukkan bahawa satu ketul bar coklat seberat 100gram boleh membekalkan kira-kira 18%  sumber keperluan tenaga bagi seorang lelaki dewasa yang sederhana aktif. Sumber tenaga yang tinggi dan didapati dalam bentuk yang mudah ini menjadikan coklat sebagai bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai makanan gantian atau makanan sampingan dalam kebanyakkan aktiviti seperti berkhemah, mendaki gunung dan ekspedisi-ekspedisi lain.


          Selain daripada itu, coklat mempunyai rasa yang lazat, ianya juga merupakan bahan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan sumber tenaga seperti yang dijelaskan diatas. Sekiranya dibandingkan coklat dengan bahan-bahan makanan yang lain, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak, sebiji oren, sebiji epal atau jumlah kismis dengan berat yang sama.

           Terdapat beberapa pendapat yang mengaitkan coklat dengan perkara-perkara negatif seperti kandungan kafein yang tinggi, kerosakkan gigi, kegemukkan, jerawat dan penyakit jantung. Sebenarnya menurut kajian-kajian yang telah dijalankan kenyataan-kenyataan tersebut adalah tidak benar.  

kartun yg pling kuat gigi..huhuhu
Kerosakan gigi

kerosakan gigi adalah penyakit yang berkaitan dengan makanan. Gula memainkan peranan yang penting dalam kerosakan gigi. Walaupun coklat mengandungi gula ia kurang menyebabkan kerosakan gigi jika dibandingkan dengan makanan lain seperti keropok, buah-buahan, kismis atau granola bar. Coklat sebaliknya, berupaya mengurang potensi kerosakan gigi yang disebabkan oleh gula. Ianya mengandungi kompenan yang menghalang pengeluaran plak iaitu peringkat pertama kerosakan gigi. Lemak koko di dlm coklat akan mencair dgn cepat di dlm mulut dan menghalang gula dari melekat pada gigi dan dgn itu mengurangkan potensi kerosakan gigi. 

Kegemukan

kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga dari pemakanan melebihi tenaga yang digunakan. Walaupun coklat mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi tetapi ianya hanya menyumbangkan sebahagian kecil iaitu 15 % drpd tenaga yg diperlukn oleh tubuh dlm sehari. Pengambilan makanan yg berlebihan bukan sahaja dr coklat, akan menggemukkan badan. Keadaan ini akan lebih diburukan lagi jika individu tersebut kurang membuat pergerakan atau aktiviti yang menggunakan tenaga yg diambil. Oleh itu, coklat tidak boleh disalahkan sbgai penyebab kegemukan.

Jerawat

Coklat tidak mempunyai perkaitan dgn masalah jerawat. Ini telah dibuktikan melalui kajian yg dilakukan oleh sekolah perubatan Universiti Missouri. Hakikat ini pula telah disokong oleh Journal of The American Medical Association di mana ia merumuskan bahawa faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat.

Penyakit Jantung

Salah satu punca penyakit jantung adalah penigkatan kolesterol di dlm darah. Paras ini dipengaruhi oleh jumlah dan jenis lemak dalam pemakanan. Asid sterik iaitu asid lemak tepu yg trdpt di dlm lemak koko berbeza drpd asid lemak tepu yg lain. Penyelidikan yg djlnkan di Pennyslvania State University menunjukkan bahawa asid sterik di dlm lemak koko tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol. Di samping itu, lemak koko juga mengandungi asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yg berperanan merendahkan paras kolesterol di dlm darah.     

jd syukur la dgn apa yg ada..insyallah smua O K !



Tiada ulasan: